March 15, 2009

"Dialah Orangnya" mendapat komen negatif

Cerpenku yang seterusnya bertajuk "Dialah Orangnya" telah pun diterbitkan secara online melalui penulisan2u. Yang tak bestnya, cerpen tersebut mendapat komen negatif daripada semua orang yang menghantar komen. Ini sedikit sebanyak memburukkan nama Rimara memandangkan cerpen pertama aku yang bertajuk "Kerana Zurina" turut menerima nasib yang sama. Harapnya dua lagi cerpen aku yang aku rasa bakal diterbitkan melalui laman blog yang sama akan menyelamatkan nama Rimara daripada terus dicemari dengan komen negatif...Amin...

March 09, 2009

"Kerana Zurina" sudah diterbitkan

Alhamdulillah, akhirnya cerpenku yang bertajuk "Kerana Zurina" telah pun diterbitkan secara online oleh penulisan2u. Agak lama juga aku menanti ianya diterbitkan dan penantianku dan usahaku menulisnya membuahkan hasil. Untuk pengetahuan semua, cerpen ini adalah berdasarkan pengalamanku sendiri kecuali penamatnya yang happy ending dan scene di universiti memandangkan aku masih lagi pelajar sekolah menengah. Sebenarnya ada tiga lagi cerpen yang aku tulis dan hantar kepada penulisan2u tapi belum lagi diterbitkan ke blog mereka. Insya-Allah, lain kali adalah tu. Kenalah aku dan mereka yang berminat untuk membacanya bersabar sehingga penulisan2u menerbitkannya...Assalamualaikum...