March 09, 2009

"Kerana Zurina" sudah diterbitkan

Alhamdulillah, akhirnya cerpenku yang bertajuk "Kerana Zurina" telah pun diterbitkan secara online oleh penulisan2u. Agak lama juga aku menanti ianya diterbitkan dan penantianku dan usahaku menulisnya membuahkan hasil. Untuk pengetahuan semua, cerpen ini adalah berdasarkan pengalamanku sendiri kecuali penamatnya yang happy ending dan scene di universiti memandangkan aku masih lagi pelajar sekolah menengah. Sebenarnya ada tiga lagi cerpen yang aku tulis dan hantar kepada penulisan2u tapi belum lagi diterbitkan ke blog mereka. Insya-Allah, lain kali adalah tu. Kenalah aku dan mereka yang berminat untuk membacanya bersabar sehingga penulisan2u menerbitkannya...Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment